Saturday, March 13, 2010
Lambaian Kaabah
Alhamdulillah selepas mendapat surat untuk mengikuti kursus haji 2010 pada Januari lepas, akhirnya aku dan suami mendapat surat tawaran menjadi tetamu Allah pada musim Haji tahun ini. Syukur kepada Allah ... Bermula satu episod dalam menyediakan diri dengan ilmu yang perlu ada. Hari hari yang bakal dilalui seharusnya menjadi hari yang lebih baik dari hari semalam. Sesungguhnya perjalanan menjadi tetamu Allah telah pun bermula .. Ya Allah Ya Tuhan ku, aku mohon kepada Mu agar engkau memberi kekuatan kepada ku mencari keredhaan Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)

No comments:
Post a Comment