`Ma, tengok adik ... terror dia main hullahop ni .. more than 1 minit tadi ..'
Hmm, last few days baru beli and tak pandai main langsung .. takkan sekejap aje dah pandai. Siapa train dia agaknye? .. So, aku pun suruh lah Zafirah buat performance ... wow, terpegun sekejap .. Passion can always help u from zero to hero & well, practise makes perfect!
Thursday, November 27, 2008
Tuesday, November 25, 2008
A1GP Sepang
Went to A1GP Sepang last Sunday (23rd Nov '08) with hubby, my 4 kids and 2 other families (brother in-law) .... Semangat berkobar-kobar menyokong pasukan Malaysia terutamanya untuk Fairuz Fauzy. Siap pakai baju kuning lagi .. (Both ticket & baju sponsored lah... ) Quite a big crowd and something new to all of us ...
Anak-anak dara 3 orang tu tak habis-habis bergambar ... Ishhh . Klik sana klik sini, tak ada kerja lain ...Si bongsu pulak, asyik tutup telinga bila racing car zooshhhh by ... Memang berdengung telinga tapi still can manage ... Seronok bila tengok Fairuz yang bermula di tempat ke-4 terus memecut dan berjaya memotong ... Kitorang terus berharap yang Fairuz akan terus memotong atau sekurang-kurangnya kekal di tempat ke-3 .. Bangga `giler' tapi tiba-tiba... eehhh mana ni .. Mungkin `pit stop' kut tapi kenapa lama eeek??? .... (keep wondering coz our seat is not the one facing to the pit stop)
Later, we saw him racing in the 14th place ... but, this guy do have talent .. he is fast and daring ... But, quite frustrating ... Fairuz failed to get a podium finished Hmmmm. kalau kita frust tentu dia lagi frust ... Only 1 point for Malaysian Team... (Keep wondering why, until I read this article the next day ...) ...
Kesilapan kecewakan Fairuz
SEPANG - Kesilapan memasuki pit tanpa diarah menjadi penyebab utama pelumba negara, Fairuz Fauzy terlepas peluang begitu sahaja untuk menduduki tempat ketiga pada perlumbaan feature A1GP Malaysia di Litar Sepang, semalam.
Tambah mengecewakan, selain hanya mampu menduduki tempat ke-15 acara sprint, Malaysia juga kehilangan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan perlumbaan A1GP Piala Dunia gara-gara kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Tindakan pelik Fairuz ternyata mengundang persoalan besar tentang kemampuannya untuk memikul cabaran negara selepas ini kerana sebagai pelumba yang pernah beraksi di peringkat antarabangsa, kesilapannya melepaskan peluang meraih 10 mata seperti itu memang sukar diterima.
Walaupun memberi alasan masalah komunikasi dan radio sebagai punca berlaku kesilapan tersebut, siasatan menyeluruh perlu dilakukan pasukan Malaysia supaya insiden sama tidak lagi berulang di masa akan datang.
Ketika insiden memalukan itu berlaku di lap ke-17, Fairuz sudah selesa berada di tempat ketiga tetapi tindakannya memasuki hentian pit tanpa diarah menyebabkan dia tercicir di tempat ke-14.
Bagaimanapun selepas berusaha bangkit, Fairuz akhirnya berjaya menduduki tempat ke-10 dan hanya berpuas hati untuk memungut satu mata daripada pusingan ketiga A1GP di Sepang ini.
"Memang mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat satu mata. Kita mempunyai kereta yang kompetitif tahun ini. Jadi kita perlu berfikiran positif dan melupakan apa yang telah berlaku untuk menghadapi perlumbaan seterusnya," kata Fairuz selepas perlumbaan.
Kesilapan Fairuz itu membolehkan kedudukan pendahulu keseluruhan dirampas pelumba Ireland, Adam Carrol yang berjaya meraih empat mata dalam acara sprint, 15 mata selaku juara acara feature dan satu mata bonus untuk untuk mengumpul 43 mata keseluruhan.

Hopefully, the Malaysian Team will do their best in the next coming race. ALL THE BEST & GOOD LUCK !!!
Friday, November 14, 2008
Jakarta Bandung
Isnin hari tu baru balik dari Indon lagi ... Boleh tahan jugak RM habis apatah lagi kalau convert into Rupiah ... Kalau jumlah tu dlm RM dapat beli bungalow dengan landskap idaman tu ... Tak pelah, sesekali merasa jadi jutawan ... he he
Tahun ni je dah 2 kali pergi Bandung. Alaaaa baru 2 kali je bukannye tiap tiap bulan. Anyway, masih dapat merasai keseronokannya sebab walaupun ke Bandung lagi tapi tempat yang dikunjungi bukanlah tempat yang sama. Trip kali ni lebih adventurous. Rasa macam segala jalan kitorang lalu. Sesak, bumpy, sempit, kampung, bandar, naik gunung, berbelit-belit ... Bertukar ganti member yang pening, mual and even `uwek' pun .....
Ke Jakarta juga sesuatu yang lain. Kalau sebelum ni cuma tengok kesesakan kota tu dalam TV aje. Salute gile dengan cara diorang bawak kereta ... Dengarnya driver boss I kat office ni pun tak berani nak try. Hmmmm .... yang hairannya tak de pulak maki hamun atau pun accident! Kat bawah ni gambar one of the public transport kat sana ... Cute hmmm !!!

Rindu Sakan
Suatu hari masa aku sedang jalan-jalan kat shopping complex, ternampak kelibat seseorang ... agak rendah, bertudung ... Berderau darah ... cara berjalan betul betul macam cara jalan seseorang yang sangat aku sayangi ..
Tanpa aku sedari, airmata aku mengalir, sayu yang terlalu .. Rasa rindu pada arwah mami terus membuak ... Rindu yang amat sangat tapi apa kan daya. Aku sedar, selepas mami pergi buat selamanya 17 Mac 2006 yang lalu, aku tidak akan dapat berjumpa nya lagi sepanjang hayat ku ini ... Ibu, semuga roh mu tenang disisi Allah ... Al-Fatihah .. (Nangis lagi)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)