Went to A1GP Sepang last Sunday (23rd Nov '08) with hubby, my 4 kids and 2 other families (brother in-law) .... Semangat berkobar-kobar menyokong pasukan Malaysia terutamanya untuk Fairuz Fauzy. Siap pakai baju kuning lagi .. (Both ticket & baju sponsored lah... ) Quite a big crowd and something new to all of us ...
Anak-anak dara 3 orang tu tak habis-habis bergambar ... Ishhh . Klik sana klik sini, tak ada kerja lain ...Si bongsu pulak, asyik tutup telinga bila racing car zooshhhh by ... Memang berdengung telinga tapi still can manage ... Seronok bila tengok Fairuz yang bermula di tempat ke-4 terus memecut dan berjaya memotong ... Kitorang terus berharap yang Fairuz akan terus memotong atau sekurang-kurangnya kekal di tempat ke-3 .. Bangga `giler' tapi tiba-tiba... eehhh mana ni .. Mungkin `pit stop' kut tapi kenapa lama eeek??? .... (keep wondering coz our seat is not the one facing to the pit stop)
Later, we saw him racing in the 14th place ... but, this guy do have talent .. he is fast and daring ... But, quite frustrating ... Fairuz failed to get a podium finished Hmmmm. kalau kita frust tentu dia lagi frust ... Only 1 point for Malaysian Team... (Keep wondering why, until I read this article the next day ...) ...
Kesilapan kecewakan Fairuz
SEPANG - Kesilapan memasuki pit tanpa diarah menjadi penyebab utama pelumba negara, Fairuz Fauzy terlepas peluang begitu sahaja untuk menduduki tempat ketiga pada perlumbaan feature A1GP Malaysia di Litar Sepang, semalam.
Tambah mengecewakan, selain hanya mampu menduduki tempat ke-15 acara sprint, Malaysia juga kehilangan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan perlumbaan A1GP Piala Dunia gara-gara kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Tindakan pelik Fairuz ternyata mengundang persoalan besar tentang kemampuannya untuk memikul cabaran negara selepas ini kerana sebagai pelumba yang pernah beraksi di peringkat antarabangsa, kesilapannya melepaskan peluang meraih 10 mata seperti itu memang sukar diterima.
Walaupun memberi alasan masalah komunikasi dan radio sebagai punca berlaku kesilapan tersebut, siasatan menyeluruh perlu dilakukan pasukan Malaysia supaya insiden sama tidak lagi berulang di masa akan datang.
Ketika insiden memalukan itu berlaku di lap ke-17, Fairuz sudah selesa berada di tempat ketiga tetapi tindakannya memasuki hentian pit tanpa diarah menyebabkan dia tercicir di tempat ke-14.
Bagaimanapun selepas berusaha bangkit, Fairuz akhirnya berjaya menduduki tempat ke-10 dan hanya berpuas hati untuk memungut satu mata daripada pusingan ketiga A1GP di Sepang ini.
"Memang mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat satu mata. Kita mempunyai kereta yang kompetitif tahun ini. Jadi kita perlu berfikiran positif dan melupakan apa yang telah berlaku untuk menghadapi perlumbaan seterusnya," kata Fairuz selepas perlumbaan.
Kesilapan Fairuz itu membolehkan kedudukan pendahulu keseluruhan dirampas pelumba Ireland, Adam Carrol yang berjaya meraih empat mata dalam acara sprint, 15 mata selaku juara acara feature dan satu mata bonus untuk untuk mengumpul 43 mata keseluruhan.

Hopefully, the Malaysian Team will do their best in the next coming race. ALL THE BEST & GOOD LUCK !!!
.jpg)

No comments:
Post a Comment